Ahad, 5 Julai 2009

SKPK MESRA ALAM SEKITAR

Pusat Sumber Sekolah telah menganjurkan Program SKPK Mesra Alam Sekitar pada 29 Jun 2009 (Isnin) bersama jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis. Program ini bertujuan membentuk warga
sekolah yang lebih peka dan prihatin terhadap isu-isu alam sekitar seperti pemusnahan hutan, pencemaran, kesan rumah kaca, penipisan lapisan ozon, hakisan dan kepupusan spesies. Antara aktiviti yang dijalankan ialah ceramah, pameran dan mewarna.

PERTANDINGAN LALULINTAS SHELL/JKJR 2009


Pertandingan ini telah diadakan di Litar Lalulintas di Sungai Batu Pahat, Kangar, Perlis pada 20 Jun 2009 (Sabtu). Sebanyak 30 buah sekolah (menengah/rendah) telah mengambil bahagian. SKPK telah berjaya menduduki tempat Ketiga keseluruhan sekolah rendah. Antara acara yang dimenangi ialah peserta Terbaik Pejalan Kaki (Adik Mazidatul Husna bt Amir), Kedua Terbaik Pejalan kaki (Adik Nur Basyirahanim bt Bakti) dan Terbaik Ujian Bertulis (Adik Anis Syahirah bt Zulkifli dan Adik Nur Shawani bt Shaharabanum). Syabas dan tahniah kepada semua peserta dan guru yang terlibat.