Selasa, 5 Jun 2012

Teknik Pembelajaran yang Betul dan Berkesan

 

 
  • Gunakan masa yang terluang
  • Sentiasa membawa buku 
  • Gunakan masa awal pagi 
  •  Buat nota ringkas 
  •  Mencuba soalan tahun lalu 
  •  Sentiasa bertanya kalau tidak faham 
  •  Berikan penumpuan pada pelajaran yang lemah 
  •  Mengunjungi perpustakaan 
  •  Imbangkan masa kokorikulum dan akademik 
  •  Elakkan gangguan emosi 
  •  Belajar mengikut rentak sendiri
  •  Persiapan minda sebelum ulangkaji 
  •  Mengikut jadual sepenuhnya
  •  Terus belajar biar pun tidak menampakkan kemajuan
  •  Berhati-hati dengan kawan yang tidak sehaluan 

Transit Planet Zuhrah Melintasi Matahari pada 6 Jun 2012




Yang Dipertua Persatuan Falak Syari Malaysia Syed Kamarulzaman Syed Kabeer berkata: "Fenomena transit planet Zuhrah adalah amat menarik. Pada 6 Jun 2012, Zuhrah berada tepat di antara matahari dan bumi. Fenomena ini jarang berlaku. Transit seterusnya hanya akan berlaku 105 tahun akan datang,"

Beliau berkata dengan menggunakan binokular atau teleskop yang dilapisi penapis suria, orang ramai boleh melihat satu titik hitam kecil bergerak melintasi permukaan matahari. Fenomena itu boleh dilihat bermula dari terbit matahari hingga tengah hari, dan keseluruhan proses transit ini hanya boleh dilihat di pantai timur Sabah terutama di Sandakan.


Syed Kamarulzaman berkata sentuhan pertama apabila planet Zuhrah menyentuh cakera matahari berlaku pada pukul 6.10 pagi, sentuhan kedua pada pukul 6.27 pagi apabila Zuhrah masuk sepenuhnya ke dalam cakera matahari, sentuhan ketiga pada pukul 12.31 tengah hari apabila planet itu mencecah pinggir cakera matahari sebelum keluar dan sentuhan ke empat pada pukul 12.49 tengah hari apabila Zuhrah meninggal sepenuhnya cakera matahari.


Selasa, 29 Mei 2012

Oh, Lupa Lagi!




Kenapa Mudah Lupa
  • Mempunyai sikap sambil lewa
  • Tidak berminat terhadap sesuatu mata pelajaran
  • Tidak ambil perhatian ketika guru mengajar
  • Tidak mengulangkaji pelajaran secara sistematik
Perkara-perkara Menyebabkan Mudah Lupa
  • Mengabaikan solat lima waktu : Solat adalah tuntutan agama. Ia wajib dilakukan 5 waktu sehari semalam. Solat juga merupakan tiang agama. Pelajar yang sering mengabaikan tanggungjawab menunaikan solat seperti mereka mengabaikan keperluan hidupnya. Jika diabaikan bermakna mereka telah lupa kewajiban dan tanggungjawab yang paling penting dalam kehidupan sebagai seorang muslim. Kalaulah aspek yang paling penting ini dilupakan apatah lagi aspek kehidupan yang lain.
  • Sering bercakap bohong : Pelajar yang sering berbohong sukar untuk membezakan perkara yang benar dan sebaliknya. Meraka yang suka berbohong bukan sahaja mewarisi penyakit lupa malah akan hilang jati diri.
  • Selalu mungkir janji : Alasan yang diberikan pelajar yang selalu mungkir janji adalah lupa. Jadi pelajar yang tidak menepati janji secara tidak langsung membawa dirinya ke arah penyakit lupa.
  • Makanan yang shubhah (meragukan) status halal : Kita digalakkan memakan makanan yang bersih, suci dan halal. Seseorang pelajar itu hendaklah mengelakkan diri daripada memakan makanan yang kotor dan meragukan status kehalalannya. Kerana ia akan mempengaruhi sikap dan minda seseorang pelajar itu.
Cara Mengatasi Masalah Lupa
  • Jangan abaikan solat lima waktu
  • Perbanyakkan solat sunat
  • Selalu membaca ayat-ayat suci al-Quran
  • Selalu berdoa kepada Allah SWT
  • Jangan melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT seperti berbohong, mungkir janji, melakukan maksiat, dan sebagainya.
  • Makan makanan yang berkhasiat, bersih, suci, seimbang dan halal
Beberapa Cara Menguatkan Ingatan dan Dapat Bertahan Lama Dalam Aspek Pelajaran.
  • Mengulangkaji Pelajaran : Lebih kerap pelajar mengulangkaji lebih kekal lama ingatan tentang apa yang dipelajari dalam minda.
  • Gunakan pelbagai cara untuk menyalin nota : Jika nota ditulis menggunakan teks sahaja, maka pelajar akan cepat merasa bosan untuk mengulangkaji. Nota yang dicatat perlu dilakar dalam bentuk peta minda supaya pelajar senang ingat dan menarik minat untuk melihatnya. Pelajar perlu menulis nota secara kreatif, gunakan pelbagai jenis warna pen, penggunaan gambar atau grafik.
  • Gunakan pelbagai jenis carta : Termasuklah carta aliran, gambar rajah, venn, lukisan, singkatan, nemoniks dan lakaran.
  • Kaedah bayangan : Pelajar boleh membayangkan isi kandungan yang dibaca. Bayangkan dalam bentuk gambar, gambar rajah, peta konsep, carta aliran, jadual serta pemandangan.
  • Mengulang dan mengingat kembali : Mengulang dan mengingat kembali bayangan itu dengan lebih kerap dan menyebutnya berulang kali.
  • Kurangkan teks : Jadikan ia gambar dan kata kunci.
  • Selalu rujuk kamus : Bagi pelajar yang mengambil aliran bahasa arab, hendaklah selalu berkawan dengan kamus dan menghafaz sekurang-kurangnya 5 patah perkataan sehari. 
Selamat mencuba, jangan putus asa dan lakukan dengan bersungguh-sungguh.
Insya Allah masalah lupa dapat di atasi....



26 Mei -10 Jun 2012
 Selamat Bercuti 
Kepada Semua Warga Pendidik & Pelajar.
 Manfaatkan Sebaik-baiknya...

Majlis Jasamu Dikenang Budimu Disanjung


Pada 25 Mei 2012 telah berlangsung Majlis Jasamu Dikenang Budimu Disanjung yang merupakan satu majlis yang sederhana diadakan khusus untuk persaraan Encik Che Alias bin Che Man. Beliau merupakan seorang guru PJK yang telah berkhidmat di SKPK selama 9 tahun. Kehilangan beliau amat  dirasai oleh warga sekolah memandangkan beliau seorang yang amat berwibawa dalam menjalankan tugasnya.