Selasa, 5 Jun 2012

Teknik Pembelajaran yang Betul dan Berkesan

 

 
  • Gunakan masa yang terluang
  • Sentiasa membawa buku 
  • Gunakan masa awal pagi 
  •  Buat nota ringkas 
  •  Mencuba soalan tahun lalu 
  •  Sentiasa bertanya kalau tidak faham 
  •  Berikan penumpuan pada pelajaran yang lemah 
  •  Mengunjungi perpustakaan 
  •  Imbangkan masa kokorikulum dan akademik 
  •  Elakkan gangguan emosi 
  •  Belajar mengikut rentak sendiri
  •  Persiapan minda sebelum ulangkaji 
  •  Mengikut jadual sepenuhnya
  •  Terus belajar biar pun tidak menampakkan kemajuan
  •  Berhati-hati dengan kawan yang tidak sehaluan 

Transit Planet Zuhrah Melintasi Matahari pada 6 Jun 2012




Yang Dipertua Persatuan Falak Syari Malaysia Syed Kamarulzaman Syed Kabeer berkata: "Fenomena transit planet Zuhrah adalah amat menarik. Pada 6 Jun 2012, Zuhrah berada tepat di antara matahari dan bumi. Fenomena ini jarang berlaku. Transit seterusnya hanya akan berlaku 105 tahun akan datang,"

Beliau berkata dengan menggunakan binokular atau teleskop yang dilapisi penapis suria, orang ramai boleh melihat satu titik hitam kecil bergerak melintasi permukaan matahari. Fenomena itu boleh dilihat bermula dari terbit matahari hingga tengah hari, dan keseluruhan proses transit ini hanya boleh dilihat di pantai timur Sabah terutama di Sandakan.


Syed Kamarulzaman berkata sentuhan pertama apabila planet Zuhrah menyentuh cakera matahari berlaku pada pukul 6.10 pagi, sentuhan kedua pada pukul 6.27 pagi apabila Zuhrah masuk sepenuhnya ke dalam cakera matahari, sentuhan ketiga pada pukul 12.31 tengah hari apabila planet itu mencecah pinggir cakera matahari sebelum keluar dan sentuhan ke empat pada pukul 12.49 tengah hari apabila Zuhrah meninggal sepenuhnya cakera matahari.


Selasa, 29 Mei 2012

Oh, Lupa Lagi!




Kenapa Mudah Lupa
  • Mempunyai sikap sambil lewa
  • Tidak berminat terhadap sesuatu mata pelajaran
  • Tidak ambil perhatian ketika guru mengajar
  • Tidak mengulangkaji pelajaran secara sistematik
Perkara-perkara Menyebabkan Mudah Lupa
  • Mengabaikan solat lima waktu : Solat adalah tuntutan agama. Ia wajib dilakukan 5 waktu sehari semalam. Solat juga merupakan tiang agama. Pelajar yang sering mengabaikan tanggungjawab menunaikan solat seperti mereka mengabaikan keperluan hidupnya. Jika diabaikan bermakna mereka telah lupa kewajiban dan tanggungjawab yang paling penting dalam kehidupan sebagai seorang muslim. Kalaulah aspek yang paling penting ini dilupakan apatah lagi aspek kehidupan yang lain.
  • Sering bercakap bohong : Pelajar yang sering berbohong sukar untuk membezakan perkara yang benar dan sebaliknya. Meraka yang suka berbohong bukan sahaja mewarisi penyakit lupa malah akan hilang jati diri.
  • Selalu mungkir janji : Alasan yang diberikan pelajar yang selalu mungkir janji adalah lupa. Jadi pelajar yang tidak menepati janji secara tidak langsung membawa dirinya ke arah penyakit lupa.
  • Makanan yang shubhah (meragukan) status halal : Kita digalakkan memakan makanan yang bersih, suci dan halal. Seseorang pelajar itu hendaklah mengelakkan diri daripada memakan makanan yang kotor dan meragukan status kehalalannya. Kerana ia akan mempengaruhi sikap dan minda seseorang pelajar itu.
Cara Mengatasi Masalah Lupa
  • Jangan abaikan solat lima waktu
  • Perbanyakkan solat sunat
  • Selalu membaca ayat-ayat suci al-Quran
  • Selalu berdoa kepada Allah SWT
  • Jangan melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT seperti berbohong, mungkir janji, melakukan maksiat, dan sebagainya.
  • Makan makanan yang berkhasiat, bersih, suci, seimbang dan halal
Beberapa Cara Menguatkan Ingatan dan Dapat Bertahan Lama Dalam Aspek Pelajaran.
  • Mengulangkaji Pelajaran : Lebih kerap pelajar mengulangkaji lebih kekal lama ingatan tentang apa yang dipelajari dalam minda.
  • Gunakan pelbagai cara untuk menyalin nota : Jika nota ditulis menggunakan teks sahaja, maka pelajar akan cepat merasa bosan untuk mengulangkaji. Nota yang dicatat perlu dilakar dalam bentuk peta minda supaya pelajar senang ingat dan menarik minat untuk melihatnya. Pelajar perlu menulis nota secara kreatif, gunakan pelbagai jenis warna pen, penggunaan gambar atau grafik.
  • Gunakan pelbagai jenis carta : Termasuklah carta aliran, gambar rajah, venn, lukisan, singkatan, nemoniks dan lakaran.
  • Kaedah bayangan : Pelajar boleh membayangkan isi kandungan yang dibaca. Bayangkan dalam bentuk gambar, gambar rajah, peta konsep, carta aliran, jadual serta pemandangan.
  • Mengulang dan mengingat kembali : Mengulang dan mengingat kembali bayangan itu dengan lebih kerap dan menyebutnya berulang kali.
  • Kurangkan teks : Jadikan ia gambar dan kata kunci.
  • Selalu rujuk kamus : Bagi pelajar yang mengambil aliran bahasa arab, hendaklah selalu berkawan dengan kamus dan menghafaz sekurang-kurangnya 5 patah perkataan sehari. 
Selamat mencuba, jangan putus asa dan lakukan dengan bersungguh-sungguh.
Insya Allah masalah lupa dapat di atasi....



26 Mei -10 Jun 2012
 Selamat Bercuti 
Kepada Semua Warga Pendidik & Pelajar.
 Manfaatkan Sebaik-baiknya...

Majlis Jasamu Dikenang Budimu Disanjung


Pada 25 Mei 2012 telah berlangsung Majlis Jasamu Dikenang Budimu Disanjung yang merupakan satu majlis yang sederhana diadakan khusus untuk persaraan Encik Che Alias bin Che Man. Beliau merupakan seorang guru PJK yang telah berkhidmat di SKPK selama 9 tahun. Kehilangan beliau amat  dirasai oleh warga sekolah memandangkan beliau seorang yang amat berwibawa dalam menjalankan tugasnya.

Rabu, 14 Julai 2010

Hari Guru Peringkat Sekolah

Pada 18 Mei 2010 telah diadakan sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah dengan penuh meriah sekali. Program sambutan dimulakan dengan perhimpunan khas di Dataran SKPK. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Perlis dan Lagu Sekolah. Bacaan doa diketuai oleh Ustaz Suriady bin Idris diikuti dengan bacaan perutusan Hari Guru oleh Menteri Pelajaran Malaysia yang telah disampaikan oleh Encik Shamsul Ariffin bin Mohd Diah, GPK HEM dan perutusan Hari Guru oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dibacakan oleh Encik Che Alias bin Che Man. Seterusnya Guru Besar, Puan Zainap bt Sulaiman telah menyampaikan ucapan perasmian sempena sambutan hari guru peringkat sekolah.
 

Acara sambutan diteruskan dengan persembahan guru dan murid di Dewan Terbuka SKPK. Antaranya koir yang disampaikan oleh guru dengan lagu keramat Kami Guru Malaysia, disusuli lagu tema iaitu Guru Pembina Negara Bangsa. Murid-murid turut membuat persembahan dengan nyanyian koir dan sajak.
Kemuncak majlis adalah jamuan makan tengah hari untuk semua murid, guru, ibu bapa, tetamu jemputan dan masyarakat sekitar. Ianya disumbangkan oleh para guru iaitu seekor lembu yang dimasak secara gotong-royong bersama AJK PIBG.
Guru dan para ibu sedang menjamu selera.
 
Guru besar, Puan Zainap bt. Sulaiman turun padang memantau persediaan untuk jamuan.
 
Mantan guru besar, En. Mohd Radzi bin Ismail turut diundang.

Jumaat, 9 Julai 2010

Lawatan Kelantan/Terenganu

Membeli belah di pasar Siti Khadijah
Menikmati nasi kerabu
Di Kuala Terengganu
Tarikh:5 hingga 7 Mac 2010 Staf SKPK

Seronok Belajar PSV

Murid-murid Tahun 1 Arif bersama hasil kerja tangan mereka membuat origami semasa mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Walaupun terkial-kial untuk menyiapkannya namun inilah hasilnya....

Selasa, 2 Februari 2010

MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2010

Ustaz die dan Cikgu Huzairi sedang mengatur strategi.
Murid Tahap 1 sedang melakukan aksi memanaskan badan sebelum mereka berlari.
Murid Tahap 2 bersemangat untuk mengambil bahagian dalam acara ini.

Ahad, 5 Julai 2009

SKPK MESRA ALAM SEKITAR

Pusat Sumber Sekolah telah menganjurkan Program SKPK Mesra Alam Sekitar pada 29 Jun 2009 (Isnin) bersama jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis. Program ini bertujuan membentuk warga
sekolah yang lebih peka dan prihatin terhadap isu-isu alam sekitar seperti pemusnahan hutan, pencemaran, kesan rumah kaca, penipisan lapisan ozon, hakisan dan kepupusan spesies. Antara aktiviti yang dijalankan ialah ceramah, pameran dan mewarna.

PERTANDINGAN LALULINTAS SHELL/JKJR 2009


Pertandingan ini telah diadakan di Litar Lalulintas di Sungai Batu Pahat, Kangar, Perlis pada 20 Jun 2009 (Sabtu). Sebanyak 30 buah sekolah (menengah/rendah) telah mengambil bahagian. SKPK telah berjaya menduduki tempat Ketiga keseluruhan sekolah rendah. Antara acara yang dimenangi ialah peserta Terbaik Pejalan Kaki (Adik Mazidatul Husna bt Amir), Kedua Terbaik Pejalan kaki (Adik Nur Basyirahanim bt Bakti) dan Terbaik Ujian Bertulis (Adik Anis Syahirah bt Zulkifli dan Adik Nur Shawani bt Shaharabanum). Syabas dan tahniah kepada semua peserta dan guru yang terlibat.

Sabtu, 20 Jun 2009

Demi Matahari

Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi

Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya
Allah, Subhanallah … Allah, Subhanallah
Allah, Subhanallah … Allah, Subahanallah
Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikan-Nya
Merugi bagi yang mengotori-Nya ... Subhanallah

Rabu, 17 Jun 2009

ESQ 165 TRAINING ANGKATAN 11 SIME DARBY

Pertama sekali saya memanjatkan rasa syukur kepada Allah Taala kerana dengan izin-Nya tergerak hati saya untuk menghadiri Kursus ESQ 165 ini walaupun telah setahun ditawarkan untuk warga SKPK menghadirinya. Kursus ini telah diadakan pada 22-24 Mei 2009 di Maju Junction Mall, Kuala Lumpur. Saya menghadiri kursus ini bersama-sama 3 orang lagi rakan setugas. Sesungguhnya ia merupakan satu pengalaman yang luarbiasa yang tidak pernah saya alami sebelum ini. Paling seronok bila terpilih sebagai Mr. Zero. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada penaja iaitu Sime Darby Berhad kerana sudi menaja kami untuk menghadiri kursus ESQ yang mencecah ribuan ringgit untuk seorang peserta. Alhamdulillah, sempat juga jumpa dan berbual dengan En. Roslan Razak, Vice President 1 , Sime Darby Business School dan En. Mohd Sahlan bin Mohd Zaki , CSR-Group Human Resources.Terima kasih Sime Darby.
Apa Itu ESQ 165?

The ESQ Way 165 yang mensinergikan kekuatan IQ (Intelectual Quotient), EQ (Emotional Quotient) dan SQ (Spiritual Quotient) bagi melahirkan manusia cemerlang yang memiliki kekuatan karakter dan membawa perubahan drastik yang positif diilhamkan oleh Dr. Ary Ginanjar Agustian dari Indonesia.

Angka 165 dipilih bagi memberi makna iaitu, satu hati yang ihsan, 6 (prinsip moral) berdasarkan 6 Rukun Iman dan 5 (langkah) berdasarkan 5 Rukun Islam.

Metodologi

Peserta akan dituntun untuk membangkitkan 7 nilai dasar: jujur, tanggung jawab, wawasan, disiplin, kerjasama, adil, dan prihatin. Nilai-nilai ini sesungguhnya sudah tertanam dalam diri manusia sejak lahir. Melalui training ESQ ini peserta diarahkan untuk dapat mencapai nilai-nilai dasar tersebut dan membantu membangkitkan kekuatan tersembunyi serta mengerahkan seluruh potensi dirinya untuk kehidupan dan pekerjaan yang lebih produktif.Yang unik dan membezakan training ESQ dari latihan lainnya adalah training dibuat sedemikian rupa sehingga peserta akan merasa seperti menikmati sebuah pertunjukan yang penuh makna. Sebagai bahan pendukung, peserta juga akan diajak terlibat beberapa aktiviti dalam training seperti permainan, simulasi, serta saling berbahagi pengalaman di antara peserta. Bahan-bahan training akan disampaikan secara multimedia yang menggabungkan antara animasi, klip filem, efek suara, dan musik. Ditampilkan dengan medium beberapa layar besar hingga 4 x 6 m dengan tata suara sekitar 10.000 watt. Training dilaksanakan di berbagai tempat terpilih dengan standard tertentu untuk memastikan bahawa training dapat berlangsung nyaman dan menyenangkan bagi peserta.

Melalui ESQ Model, para peserta akan dibawa sehingga terwujudnya titik keseimbangan di antara Kecerdasan Intelektual, Kecerdasan Emosional dan Kecerdasan Spiritual di samping membebaskan diri dari segala macam bentuk gangguan yang membelenggu potensi diri serta mengeluarkan seluruh kekuatan dalaman untuk mencipta pembaharuan di dalam pekerjaan.
Faedah Kepada Organisasi

Melalui latihan ini, akan lahirlah individu-individu ‘baru’ yang mempunyai keseimbangan di antara Kecerdasan Intelektual, Kecerdasan Emosional dan Kecerdasan Spiritual yang sekaligus akan memberikan kesan langsung ke atas prestasi kerja yang lebih produktif dan bermutu setelah segala potensi diri dan kekuatan dalaman dapat digunakan sepenuhnya bagi merealisasikan matlamat diri para pekerja itu sendiri yang pastinya selari dengan matlamat dan hala tuju organisasi. Training ESQ juga dapat membantu organisasi dalam mewarnai suasana kerja yang kondusif dan selesa melalui perhubungan sesama pekerja yang mesra, akrab dan sihat sehingga akan terbentuk suatu budaya yang sungguh unik bagi organisasi tersebut.

Inilah antara yang dapat dibawa pulang setelah menghadiri kursus. Mr. Zero, CD Asmaul Husna dan buku tu kena jawap Kuiz spontan dulu...kalau betul baru dapat...satu lagi kena aktif....

Isnin, 27 April 2009

Selenggara Makmal Komputer

En Zamri (Penyelaras PKG Tunjong) sedang memeriksa switch yang rosak

.  

Begitu tekun dan teliti sekali... sambil diperhatikan oleh penyelaras makmal SKPK, En Za Azlim dan juruteknik dari PKG

 
Gambar Staff... nie tahun lepas punya

Khamis, 23 April 2009

Pelancaran Nilam 2009


Menyanyikan lagu Mari Membaca
 


Dirasmikan oleh GPK Pentadbiran SKPK, Pn Hjh Maznah Long
 


Ni la GPM sekolah kami... Pn. Normayati Hussin
 


Promosi buku baru oleh Pengawas PSS
 

Pertandingan Bercerita PKP Paya 2009

SK Padang Kota sebagai tuan rumah... Gambar para hakim yang bijaksana dan penjaga masa.

  
Adik-adik yang berjaya dalam pertandingan ini.

  
Peserta Tahap 2 dari SKPK... Adik Nurun A'thirah bi Zaini
  

 Peserta Tahap 1 dari SKPK yang menjadi Johan... Adik Izah Sajidah bt Naridan
  

Segala kerjasama dan bantuan dari semua yang menjayakan pertandingan ini diucapkan terima kasih. Tahniah untuk Adik Izah, teruskan sehingga ke peringkat Kebangsaan.

Dalam Kenangan

Bangunan yang bakal menjadi sejarah...
Bangunan baru akan dibina di tapak ini bermula Mei 2009... Bangunan yang banyak memberi makna kepada kami warga SKPK akan luput dari muka bumi ini. Namun ia tetap berdiri teguh di hati kami...

Rabu, 22 April 2009

Kursus EduWebTV

Ni pulak kursus eduwebtv di BTPN Perlis. Dirasmikan oleh KPP BTPN Perlis, En. Zahir. Penyelaras PKG pun ada jugak. Ni tengah bagi taklimat ni. GPK HEM bersama Penyelaras PKG Tunjong
Ucapan Perasmian oleh KPP BTPN Perlis

Team Building 2009











 






Ni gambar kami berkursus di Harvard Saujana, Sg. Petani.....best ooo. Terima kasih tak terhingga kepada Cik Mas Idayanti dari Harvard Saujana.