Rabu, 14 Julai 2010

Hari Guru Peringkat Sekolah

Pada 18 Mei 2010 telah diadakan sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah dengan penuh meriah sekali. Program sambutan dimulakan dengan perhimpunan khas di Dataran SKPK. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Perlis dan Lagu Sekolah. Bacaan doa diketuai oleh Ustaz Suriady bin Idris diikuti dengan bacaan perutusan Hari Guru oleh Menteri Pelajaran Malaysia yang telah disampaikan oleh Encik Shamsul Ariffin bin Mohd Diah, GPK HEM dan perutusan Hari Guru oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dibacakan oleh Encik Che Alias bin Che Man. Seterusnya Guru Besar, Puan Zainap bt Sulaiman telah menyampaikan ucapan perasmian sempena sambutan hari guru peringkat sekolah.
 

Acara sambutan diteruskan dengan persembahan guru dan murid di Dewan Terbuka SKPK. Antaranya koir yang disampaikan oleh guru dengan lagu keramat Kami Guru Malaysia, disusuli lagu tema iaitu Guru Pembina Negara Bangsa. Murid-murid turut membuat persembahan dengan nyanyian koir dan sajak.
Kemuncak majlis adalah jamuan makan tengah hari untuk semua murid, guru, ibu bapa, tetamu jemputan dan masyarakat sekitar. Ianya disumbangkan oleh para guru iaitu seekor lembu yang dimasak secara gotong-royong bersama AJK PIBG.
Guru dan para ibu sedang menjamu selera.
 
Guru besar, Puan Zainap bt. Sulaiman turun padang memantau persediaan untuk jamuan.
 
Mantan guru besar, En. Mohd Radzi bin Ismail turut diundang.

2 ulasan:

  1. Tahniah SKPK sudah ada Dewan Terbuka! Kirim salam pada semua tenaga pengajar! Semoga jumpa lagi... Insha Allah! - Cg Eddy Praktikum 2008

    BalasPadam